Thursday, February 20, 2014

PEMBAHARUAN LESEN

PERHATIAN!

Kontraktor berdaftar sila semak tarikh luput lesen CIDB masing-masing. Jangan sampai melepasi tarikh luput terutama kontraktor kelas G1 kerana kemungkinan besar lesen anda akan dibatalkan terus.Sila hadiri kursus yang dianjurkan untuk mengumpulkan mata CCD sebelum pembaharuan di buat.


Bagi kontraktor Bumiputra perlu menghadiri kursus-kursus yang di anjurkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor supaya Sijil Taraf Bumi dapat diperbaharui. Sijil tarap bumi di perbaharui setelah CIDB meluluskan sijil masing2.

Sunday, September 22, 2013

LESEN CIDB

PERMOHONAN BARU ATAU PEMBAHARUAN LESEN .

Langkah-langkah telah di susun dilaman web CIDB, kita tidak perlu perunding atau orang tengah untuk melakukan pembaharuan untuk syarikat kita. Ada beberapa syarikat yang mengaku menjadi perunding dengan mengenakan cas yang tinggi. Oleh itu setiap syarikat yang masih cukup masa  sebelum lesen tamat tempoh, mulakan proses permohonan dengan menyediakan ddokumen yang diperlukan seperti telah disenaraikan di dalam garispanduan CIDB.

Sila dapatkan maklumat lanjut di sini:
www.cidb.gov.my